Navis are the header. Oh yeah. new template. So simple. Put here anything you want to put. Greetings. Welcome message. Disclaimer. ANYTHING. It's up to you. bolditalicunderlinestrikethrough
Hey guys . I’m Saiyidah Aisyah Hanzah . just call me echa . I’m the owner of this blog . let me introduce myself oke .
sweetsixteen . hee . alamak , maken tua sudaa .
OMG , next year echa akan jadi spm victim . =__= seriously not ready nak amek exam . huh .
echa shukeee kaler ! addicted sangat.
kitten-lover . huhu . ta boleh tengok kitten yang omey omey . geramm ! skank da ade 5 kitten . name mereka , Lilo and Ichiii . Lilo sekor jea kitten jantan . yang laen belake betina . Playboy kuceng la kenn . huhu . yang lain2 , A-oi and Sookie . dua ekor kuceng nie memang chomel sangat . and one new member , Hime . the smallest one . shuke geget echa . saked tau . T_T
shuke edit pitcha and blogging sangat sangat sangat !
already taken . alamak , melepas kan ? huhu . he’s so perfect to me . sayang awak ketat ketat *blushing
echa ada musuh ketat ! hoho . muka baek jea kann ? *perasan . tapi sekarang echa tanak chare dah dorang . biarla dorang nak wat pa pe ponn . as long kita bahagia dengan insan2 tersayang .. rite ?
echa jenis yang mudah terasa and bengang , tapi echa pon mudah maafkan . easily forgive but never forget right ?
if echa terasa dengan someone , echa memang akan pendam jea ... =__= so , watch out with your mouth .
echa shuke snap pitcha and photoshooot ! tapi echa bukan photogenik laa . photogedik ade laa . sobs sobs .
sangat minat dengan Jacob Black ! alaa , bukan biskut Jacob laa . Jacob Black dalam citer twilight tuu . enseng kennnn ? echa punye okay !
echa tadaak acc fB okay . so , if korang ade jumpa profile pitcha macam echa , itu fakee !
echa memang agak gila gila time lepak-ing sama kawan kawan ! shuke wat lawak , shuke tengok dorang gelak . if dorang happy , echa pon akan happy jugak ! huhu . ^^ *alolo , wat sweet2 plak kenn .
i’m good-listener and pandai simpan secret . echa bukan mulut cibai macam ________ okay ! so , if ada cape cape nak buad aduan rakyat , echa open jeaa . huhu .
i’m the only one single daughter in my family , ada 3 abang and 1 orang adek lelaki . ramai pelik , sebab biasanya kalau ada sorang jea gurl , mesti jadik ganas and brutal kann . tapi echa pulak lembik semacam jea kenn . heee . nak buad macam ane , Allah dah jadikan echa macam niee .
echa sayang mak echaaa ! ramai sayang kat mak echa sebab make cha nie bekas cikgu yang sangat baek .. huhu . sekarang nie suda pencenn maaa ~
echa sayang GPS ! ape itu ? hee . nie name group echa , Geng Poyo Sedunia . saje bagi name nie , sebab belake kawan echa poyo kenn . tapi sekrang gps dah macam berpecah , sebab ramai yang pindaa . sedeyh nye . :’( rindu korang laaaa .
hmm , last but not least , echa sayang semua besties echa ! tak bole hidop without dorang . they are brighting my life ! myrah , fara , fatin , diyana , lala , ainna , iylia , azwa , aeen , che’pah . hee . thanks sudi kawan dengan budak mengada , gewdix and musyuk nieee . sayang korang . mmuah mmuah . huhu .
dats all about myself . if korang berminat nak follow blog nie , jangan segan silu nak tekan button follow kat atas tu okay . and makesure tinggalkan link , sebab echa akan follow korang balik . promise ! huhu . ringan ringan kan la jari nak tegur echa kat shoutbox tuu , echa akan reply balik . don worry be happy , echa tak sombong laaaaaaa !
Wanita solehah ..
Saturday, July 10, 2010
Wanita solehah tidak boleh sembarangan mencintai lelaki. Lelaki yang paling wajar dicintai oleh wanita solehah ialah Nabi Muhammad SAW. Ini kerana Nabi Muhammad SAW adalah pembela nasib kaum wanita. Baginda telah mengangkat martabat kaum wanita daripada diperlakukan dengan kehinaan pada zaman jahiliyah, khususnya oleh kaum lelaki. Ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW juga berjaya menyempurnakan budi pekerti kaum lelaki. Ini membawa keuntungan kepada kaum wanita kerana mereka mendapat kebebasan dalam kawalan dan perlindungan keselamatan oleh kaum lelaki.
Iaitu dengan mengikuti ajaran Nabi Muhammad SAW menjadikan bapa atau suami mereka berbuat baik dan bertanggungjawab ke atas keluarganya. Demikian juga dengan kedatangan Rasulullah SAW telah menjadikan anak-anak tidak lupa untuk berbakti kepada ibu mereka, contohnya seperti Uwais Al-Qarni. Salah satu tanda kasih Baginda SAW terhadap kaum wanita ialah dengan berpesan kepada kaum lelaki agar berbuat baik kepada wanita, khususnya ahli keluarga mereka. Rasulullah SAW sendiri menjadikan diri dan keluarga baginda suri teladan kepada kaum lelaki untuk bagaimana berbuat baik dan memuliakan kaum wanita.
Rasulullah SAW bersabda, “Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya, dan yang berbuat baik kepada ahli keluarganya.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi) Lagi sabda Rasulullah SAW, “Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya; dan aku adalah yang terbaik dari kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak tahu budi.” (Riwayat Abu ‘Asakir). Tapi betul ke wanita solehah itu lebih baik daripada bidadari syurga?
Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang): Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?” Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.” Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?” Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani).
Terkejut bila membaca hadis ni dan ingin berkongsi bersama rakan-rakan lain. Sungguh tinggi darjat wanita solehah, sehingga dikatakan lebih baik daripada bidadari syurga. Semoga hadis ini menjadi inspirasi bagi kita semua dalam memperbaiki diri agar menjadi lebih baik daripada bidadari syurga. InsyaAllah.. Tapi, bagaimana yang dikatakan wanita solehah itu? Ikuti kisah berikut, semoga kita sama-sama beroleh pengajaran.
Seorang gadis kecil bertanya ayahnya, “Ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?” Si ayah pun menjawab, “Anakku,seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.Wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi. Itulah yang terbaik”. Si ayah terus menyambung, “Muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu".
"Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.Muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran". Berdasarkan ayat 31,surah An Nurr,Abdullah Ibnu Abbas dan lain-lainya berpendapat, "Seseorang wanita islam hanya boleh mendedahkan wajah,dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram". (As syeikh said hawa di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir).
“Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik”. (surah Al Ahzab:32). “Lantas apa lagi ayah?”sahut puteri kecil terus ingin tahu. “Ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya. Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda".
"Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi.Dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul”.
Setelah itu si anak bertanya, ”Siapakah yang memiliki criteria seperti itu ayah?Bolehkah saya menjadi sepertinya?mampu dan layakkah saya ayah?”. Si ayah memberikan sebuah buku dan berkata,”Pelajarilah mereka!supaya kamu berjaya nanti.INSYA ALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah sejati dan wanita yang solehah kelak,malah semua wanita boleh”. Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULULLAH. “Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”.(riwayat Al Bazzar)