Navis are the header. Oh yeah. new template. So simple. Put here anything you want to put. Greetings. Welcome message. Disclaimer. ANYTHING. It's up to you. bolditalicunderlinestrikethrough
Hey guys . I’m Saiyidah Aisyah Hanzah . just call me echa . I’m the owner of this blog . let me introduce myself oke .
sweetsixteen . hee . alamak , maken tua sudaa .
OMG , next year echa akan jadi spm victim . =__= seriously not ready nak amek exam . huh .
echa shukeee kaler ! addicted sangat.
kitten-lover . huhu . ta boleh tengok kitten yang omey omey . geramm ! skank da ade 5 kitten . name mereka , Lilo and Ichiii . Lilo sekor jea kitten jantan . yang laen belake betina . Playboy kuceng la kenn . huhu . yang lain2 , A-oi and Sookie . dua ekor kuceng nie memang chomel sangat . and one new member , Hime . the smallest one . shuke geget echa . saked tau . T_T
shuke edit pitcha and blogging sangat sangat sangat !
already taken . alamak , melepas kan ? huhu . he’s so perfect to me . sayang awak ketat ketat *blushing
echa ada musuh ketat ! hoho . muka baek jea kann ? *perasan . tapi sekarang echa tanak chare dah dorang . biarla dorang nak wat pa pe ponn . as long kita bahagia dengan insan2 tersayang .. rite ?
echa jenis yang mudah terasa and bengang , tapi echa pon mudah maafkan . easily forgive but never forget right ?
if echa terasa dengan someone , echa memang akan pendam jea ... =__= so , watch out with your mouth .
echa shuke snap pitcha and photoshooot ! tapi echa bukan photogenik laa . photogedik ade laa . sobs sobs .
sangat minat dengan Jacob Black ! alaa , bukan biskut Jacob laa . Jacob Black dalam citer twilight tuu . enseng kennnn ? echa punye okay !
echa tadaak acc fB okay . so , if korang ade jumpa profile pitcha macam echa , itu fakee !
echa memang agak gila gila time lepak-ing sama kawan kawan ! shuke wat lawak , shuke tengok dorang gelak . if dorang happy , echa pon akan happy jugak ! huhu . ^^ *alolo , wat sweet2 plak kenn .
i’m good-listener and pandai simpan secret . echa bukan mulut cibai macam ________ okay ! so , if ada cape cape nak buad aduan rakyat , echa open jeaa . huhu .
i’m the only one single daughter in my family , ada 3 abang and 1 orang adek lelaki . ramai pelik , sebab biasanya kalau ada sorang jea gurl , mesti jadik ganas and brutal kann . tapi echa pulak lembik semacam jea kenn . heee . nak buad macam ane , Allah dah jadikan echa macam niee .
echa sayang mak echaaa ! ramai sayang kat mak echa sebab make cha nie bekas cikgu yang sangat baek .. huhu . sekarang nie suda pencenn maaa ~
echa sayang GPS ! ape itu ? hee . nie name group echa , Geng Poyo Sedunia . saje bagi name nie , sebab belake kawan echa poyo kenn . tapi sekrang gps dah macam berpecah , sebab ramai yang pindaa . sedeyh nye . :’( rindu korang laaaa .
hmm , last but not least , echa sayang semua besties echa ! tak bole hidop without dorang . they are brighting my life ! myrah , fara , fatin , diyana , lala , ainna , iylia , azwa , aeen , che’pah . hee . thanks sudi kawan dengan budak mengada , gewdix and musyuk nieee . sayang korang . mmuah mmuah . huhu .
dats all about myself . if korang berminat nak follow blog nie , jangan segan silu nak tekan button follow kat atas tu okay . and makesure tinggalkan link , sebab echa akan follow korang balik . promise ! huhu . ringan ringan kan la jari nak tegur echa kat shoutbox tuu , echa akan reply balik . don worry be happy , echa tak sombong laaaaaaa !
Bila Jodoh tak Kunjung Tiba !
Monday, July 12, 2010
... Janganlah kamu BIMBANG andai kamu BELUM BERPASANGAN
tetapi BIMBANGLAH andai IMANMU akan BERKURANG
... Janganlah kamu BIMBANG andai kamu TAK RUPAWAN
tetapi BIMBANGLAH andai AKHLAKMU MURAHAN
... Kejarlah dan Carilah CINTA ALLAH
niscaya andai kamu perolehnya seluruh makhluk Allah akan MENYAYANGIMU
@ 6:53 AM
Tangisan dapat memadamkan api neraka
Saturday, July 10, 2010
Tangisan dapat memadamkan api neraka
"Rasulullah saw bersabda : Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."
Karenanya pastikan tangisan kita ini adalah tangsan yang hanya memuji kepada-Nya dan tangisan taubat kita yang bisa memadamkan api neraka
@ 7:33 AM
Wanita solehah ..
Wanita solehah tidak boleh sembarangan mencintai lelaki. Lelaki yang paling wajar dicintai oleh wanita solehah ialah Nabi Muhammad SAW. Ini kerana Nabi Muhammad SAW adalah pembela nasib kaum wanita. Baginda telah mengangkat martabat kaum wanita daripada diperlakukan dengan kehinaan pada zaman jahiliyah, khususnya oleh kaum lelaki. Ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW juga berjaya menyempurnakan budi pekerti kaum lelaki. Ini membawa keuntungan kepada kaum wanita kerana mereka mendapat kebebasan dalam kawalan dan perlindungan keselamatan oleh kaum lelaki.
Iaitu dengan mengikuti ajaran Nabi Muhammad SAW menjadikan bapa atau suami mereka berbuat baik dan bertanggungjawab ke atas keluarganya. Demikian juga dengan kedatangan Rasulullah SAW telah menjadikan anak-anak tidak lupa untuk berbakti kepada ibu mereka, contohnya seperti Uwais Al-Qarni. Salah satu tanda kasih Baginda SAW terhadap kaum wanita ialah dengan berpesan kepada kaum lelaki agar berbuat baik kepada wanita, khususnya ahli keluarga mereka. Rasulullah SAW sendiri menjadikan diri dan keluarga baginda suri teladan kepada kaum lelaki untuk bagaimana berbuat baik dan memuliakan kaum wanita.
Rasulullah SAW bersabda, “Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya, dan yang berbuat baik kepada ahli keluarganya.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi) Lagi sabda Rasulullah SAW, “Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya; dan aku adalah yang terbaik dari kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak tahu budi.” (Riwayat Abu ‘Asakir). Tapi betul ke wanita solehah itu lebih baik daripada bidadari syurga?
Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang): Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?” Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.” Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?” Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani).
Terkejut bila membaca hadis ni dan ingin berkongsi bersama rakan-rakan lain. Sungguh tinggi darjat wanita solehah, sehingga dikatakan lebih baik daripada bidadari syurga. Semoga hadis ini menjadi inspirasi bagi kita semua dalam memperbaiki diri agar menjadi lebih baik daripada bidadari syurga. InsyaAllah.. Tapi, bagaimana yang dikatakan wanita solehah itu? Ikuti kisah berikut, semoga kita sama-sama beroleh pengajaran.
Seorang gadis kecil bertanya ayahnya, “Ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?” Si ayah pun menjawab, “Anakku,seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.Wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi. Itulah yang terbaik”. Si ayah terus menyambung, “Muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu".
"Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.Muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran". Berdasarkan ayat 31,surah An Nurr,Abdullah Ibnu Abbas dan lain-lainya berpendapat, "Seseorang wanita islam hanya boleh mendedahkan wajah,dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram". (As syeikh said hawa di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir).
“Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik”. (surah Al Ahzab:32). “Lantas apa lagi ayah?”sahut puteri kecil terus ingin tahu. “Ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya. Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda".
"Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi.Dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul”.
Setelah itu si anak bertanya, ”Siapakah yang memiliki criteria seperti itu ayah?Bolehkah saya menjadi sepertinya?mampu dan layakkah saya ayah?”. Si ayah memberikan sebuah buku dan berkata,”Pelajarilah mereka!supaya kamu berjaya nanti.INSYA ALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah sejati dan wanita yang solehah kelak,malah semua wanita boleh”. Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULULLAH. “Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”.(riwayat Al Bazzar)
P/S: "Seindah hiasan adalah WANITA SOLEHAH"
@ 7:11 AM
Sahabat...
Sahabat...
“Setiap sesuatu yang engkau tinggalkan, pasti ada ganti-nya. Begitu pula larangan yang datang dari Allah, bila engkau tinggalkan maka akan ada ganjaran sebagai pengganti-nya.”
Allah Subhanahu wa Ta’ala akan memberikan ganti yang besar untuk sebuah pengorbanan yang kecil. Janji Allah itu pasti adanya... Allahu Akbar...
Manakah orang-orang yang mahu meninggalkan maksiat dan taat kepada Allah sehingga mereka berhak mendapatkan ganti yang besar untuk pengorbanan kecil yang mereka berikan?? Tidakkah mereka mahu menyambut seruan Allah, seruan Rasulullah dan seruan fitrah yang suci?!
wallahu'alam...
@ 7:04 AM
Tips/Panduan Atasi Zina Hati
Friday, July 9, 2010
Selagi dinamakan manusia, kita mempunyai perasaan suka mengasihi dan dikasihi. Memang adat kehidupan bahawa kasih cinta didahului dengan berasa rindu, namun jangan pula rindu berlebihan. Kerinduan kepada kekasih, sering kali membekaskan duka, penyakit menyebabkan kelemahan hati. Kita sebenarnya berperang dengan perasaan. Namun, seorang Muslim akan terasa nikmat jika dapat menjauhi keluhan, kesedihan dan kerinduan ini.
Ibnu Qayyim memberikan terapi mujarab mengenai masalah rindu. Sebelum itu beliau memberikan sebab mengapa rasa rindu berlebihan terjadi antaranya: Hati tidak terisi oleh rasa cinta, syukur, zikir dan ibadah kepada Allah sebaliknya membiarkan mata meliar. Pandangan dan renungan mata adalah jalan membawa kepada kesedihan dan keresahan.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Pandangan mata itu satu daripada sekian banyak anak panah iblis.” Setiap penyakit ada ubatnya. Ubat yang terbaik adalah meneguk daripada pengajaran al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud: “Demikianlah supaya kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba kami yang terpilih.” - (Surah Yusuf, ayat 24)
Ikhlas kepada Allah. Ikhlas adalah ubat penyakit rindu. Ikhlas kepada Allah bermakna selalu berusaha berada di pintu ibadah dan memohon kesembuhan daripada Allah. Jika kita ikhlas kepada Allah, Allah akan menolong kita daripada penyakit kerinduan melalui cara tidak pernah terdetik di hati. Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan: “Sungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah kepada Allah dan ikhlas kepada-Nya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal lain yang lebih manis, indah, nikmat dan baik daripada Allah. Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu dicintainya, melainkan selepas memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya.
Doa mengundang sikap, rasa fakir dan rendah diri di hadapan Allah. Oleh itu doa adalah salah satu bentuk ibadah yang agung. Ketika kita berada dalam kesempitan, kita bersungguh-sungguh dalam berdoa, berasakan Allah amat dekat mendengarkan rayuan.
Mengurus mata dan pandangan. Pandangan yang berulang-ulang adalah suis penting menyalakan api rindu. Orang yang memandang dengan sepintas lalu jarang berasakan hati terusik dan jatuh. Ibnul Qayyim menyatakan: “Orang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak tertimpa pelbagai kerosakan. Barang siapa yang terjun ke dalamnya maka ia termasuk orang yang menzalimi diri sendiri, tertipu dan akhirnya binasa. Jika dia tidak melakukan pandangan berkali-kali terhadap orang yang dikagumi dan usahanya itu meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya.”
Bernikah dan membina rumah tangga adalah langkah paling baik. Inilah ubat rindu paling baik. Tidak semestinya bernikah dengan orang yang kita kagumi. Meskipun pernikahan itu dilangsungkan tidak dengan orang dicintai dan diidamkan.
selawat~
@ 12:41 AM
MUSLIMAH YANG DIKASIHI
Wednesday, July 7, 2010
MUSLIMAH YANG DIKASIHI
Peliharalah auratmu walau dimana kau berada. Jangan biarkan keindahan dirimu menjadi tatapan lelaki yang bukan mahrammu.
MUSLIMAH YANG DIKASIHI
Pelihara solatmu, tundukkan pandangan matamu dihadapan lelaki yang bukan milikmu. Kelak engkaulah yang bertuah ketika menjadi tetamu Allah. Moga-moga dirimu disambut penuh kasih oleh Bidadari Syurga Ainul Mardhiah.
MUSLIMAH YANG DIKASIHI
Berakhlaklah dari panduan Rasulmu, contohi dan ikutinya. Pasti engkau yang bahagia. Sejuk mata memandang bercahaya dunia dengan hiasan muslimah solehah sepertimu.
MUSLIMAH YANG DIKASIHI
Jadikanlah dirimu seperti permata yang berharga dicelah kaca. Ikuti perintah agama, jauhi larangannya. Al-Quran panduan hidupmu, Hadith jadi sumber rujukanmu.
MUSLIMAH YANG DIKASIHI
Jangan biarkan dirimu hanyut dengan arus kemodenan tanpa bekalan ilmu didada. Renungilah masa depanmu, tetapkan iman didada. Moga ia menjadi perisai buat dirimu. Jangan kail panjang sejengkal lautan dalam hendak diduga.
MUSLIMAH YANG DIKASIHI
Nilai cintamu hanya pada Allah yang satu, kasihi Tuhanmu redhalah Islam menjadi agamamu, pasti tiada kecewa buatmu. Kelak satu hari nanti ada insan yang menantimu. Berkat kasihmu pada Allah yang satu pasti itulah insan yang menjadi cintamu didunia wasilah dari Allah. Moga bertambah redha Allah padamu, melimpah kasihNya padamu kerana engkau meletak kasihmu padaNya dahulu sebelum cinta pada kekasih yang menjadi pilihan hatimu……..”
@ 2:58 AM
Perhiasan Dunia-Akhirat ..
" Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia, sedekahkanlah satu senyuman walau dihatimu tak lagi mampu bertahan, belajarlah memaafkan walau dirimu terluka, berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran, hiduplah dgn Iman walau hari dipenuhi dugaan dan berpeganglah kepada Allah walau ia tak kelihatan... "
Karakter ini merupakan hiasan utama terbentuknya masyarakat Islam dan tertegaknya sistem Islam di muka bumi serta menjadi tiang penyangga peradaban dunia. Kesepuluh karakter itu adalah:
~> Salimul Aqidah : Bersih akidah dari sesuatu hal yang mendekatkan dan menjerumuskan dirinya dari lubang syirik.
~> Sahihul Ibadah : Benar Ibadahnya menurut Al-Quran dan As Sunnah serta terhindar dari segala bid'ah yang dapat menyesatkannya.
~> Matinul Khuluq : Mulia akhlaknya sehingga dapat menunjukkan sebuah keperibadian yang menawan dan dapat meyakinkan kpd semua orang bahawa Islam adalah rahmat bagi seluruh alam (Rahmatan Lil-'Alamin).
~> Qawiyul Jismi : Kuat fisiknya sehingga dapat mengatur segala kepentingan bagi jasmani yang merupakan amanah/anugerah dari Allah S.W.T.
~> Musaqaful Fikri : Luas wawasan berfikirnya sehingga dia mampu menerima berbagai informasi serta perkembangan yang terjadi disekitarnya.
~> Qadirun 'alal Kasbi : Mampu berusaha sehingga menjadikannya seorang yang berjiwa mandiri dan tidak mahu bergantung kpd orang lain dlm memenuhi segala keperluan hidupnya.
~> Mujahidun linafsihi : Bersungguh-sungguh dalam jiwanya sehingga menjadikannya seseorang yang dapat meningkatkan setiap kesempatan pada dirinya ataupun orang lain.
~> Harisun 'ala waqtihi : Kecekapan dalam memanafaatkan waktunya sehingga menjadikannya seorang yang pantang membuang waktu, tak jemu untuk melakukan kebaikan. Kerana waktu yang kita gunakan selama hidup ini akan dipertanggungjawapkan di hadapan Allah S.W.T.
~> Munazham Fi Syu'unihi : Teratur dlm urusannya hingga menjadikan kehidupannya sempurna dlm segala hal yang menjadi tanggungjawap dan amanahnya. Berusaha menyelesaikan semua masalahnya dengan cara yang baik.
~> Nafi'un Li Ghairi : Bermanafaat bagi orang lain sehingga menjadikannya seseorg yg bermanfaat dan diperlukan. Kewujudannya akan menjadikannya sebuah kebahagiaan bagi org lain & ketiadaannya akan menjadikan kerinduan pada orang lain.
Mudah-mudahan dengan sepuluh karakter yang dikemukan di atas menjadikan kita lebih bermotivasi diri untuk dapat merealisasikannya dlm kehidupan kita. Semoga menjadi mujahidah sejati. Iman & taqwa jadi keutamaan...bukannya harta dan keindahan dunia yg sementara ini...
Mujahidah sejati Intan permata mutiara mahkota Seindah pelangi di cakerawala Menghiasi taman indah nan permai
Mujahidah sejati Engkaulah serikandi pembela agama Peribadi solehah hiasan diri Subur dengan iman dan ketaqwaan
Mujahidah sejati Akhirat utama kerana dunia bukan pilihannya Mujahidah sejati Hatinya berbeza kerana diasuh iman dan taqwa
Mujahidah sejati Berbekal Al-Quran dan Al-Sunnah Bersulam pengorbanan Bisa menggegarkan isi dunia
Mujahidah sejati Terus subur mekar mewangi Seindah suria menerangi bumi Harapan ummah yang abadi
Mujahidah sejati Menyoroti langkah Khadijah, Aisyah, Fatimah Menjadi muqorrobin, bermujahadah Menuju cinta dan kasih Allah
Paras rupa bukannya ukuran Nilainya sama di sisi Tuhan Cuma ibadah yang membezakan Wanita solehah di sisi Tuhan
Berhati-hatilah hasutan dunia Kerana ia merbahaya Jangan dibiarkan ia bertakhta Dalam diri dengan dosa-dosa
Amiiin ...... ^_^'
Dari Diari Mukminah MUFAKKIRATUL MUKMINAH. Oleh Ukhti Umieyan My